SH -SYARMILAH SALLEH
LAHAD DATU : 20 April – Seramai 5,288 orang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di empat cabang Pantai Timur Sabah melaksanakan tanggungjawab memilih kepimpinan baharu parti itu, hari ini.
Cabang Tawau mencatatkan pengundi tertinggi iaitu 2,329 diikuti Cabang Silam 1,167 pengundi, Cabang Semporna 1,014 dan Cabang Kalabakan 778 pengundi.
Proses pengundian dijadualkan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang melibatkan pengundian dalam talian dan fizikal yang diadakan di Hotel De Leon, Lahad Datu dan Seafest Hotel, Semporna.
Di Lahad Datu, 22 pengundi fizikal Cabang Silam akan menunaikan tanggungjawab sementara di Hotel Seafest membabitkan 193 pengundi Cabang Semporna, 13 dari Tawau dan enam dari Kalabakan.
TAMAT
