BATU SAPI, 10 Mac : Seramai 350 ketua isi rumah di Kampung Gas dan Desa Permai menerima sumbangan bakul makanan dalam satu program bantuan komuniti yang disalurkan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi, YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.
Sumbangan itu merupakan inisiatif bagi membantu meringankan beban perbelanjaan harian, khususnya melibatkan keperluan barangan dapur dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.
Bantuan berkenaan disampaikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi, Tuan Ajak Haji Sadikal yang mewakili YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Program tersebut memanfaatkan golongan B40 di kedua-dua kawasan berkenaan, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan pihak wakil rakyat dalam memastikan kebajikan masyarakat setempat terus diberi perhatian.
Usaha berkenaan diharap dapat membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup yang dihadapi sebahagian penduduk, khususnya dalam menyediakan keperluan asas harian keluarga.
TAMAT
