21 TOKOH AGENSI DAN INSTITUSI TERIMA ANUGERAH MAAL HIJRAH DI SANDAKAN

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN,5 JULAI- Seramai 21 individu, agensi dan institusi menerima pelbagai anugerah sempena Sambutan Maal Hijrah 1448H/2026M Peringkat Daerah Sandakan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Daerah Sandakan pada Sabtu.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Haji Hazem Mubarak Tun Musa.

Antara penerima utama ialah Datuk Jaffari Waliam (Tokoh Maal Hijrah Lelaki), Datin Aminah Manggusara (Tokoh Maal Hijrah Muslimah) dan Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, yang menerima Anugerah Khas Sahabat Kita.

Penyampaian anugerah itu sebagai penghargaan kepada individu, badan bukan kerajaan (NGO), agensi serta institusi yang menunjukkan kecemerlangan dalam memperkukuh syiar Islam, dakwah, pendidikan, kebajikan dan pembangunan ummah selaras dengan tema sambutan “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati.”

Share This Article