WANITA DISYAKI PENGEDAR SYABU DITAHAN DALAM OPS TAPIS

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 12 JUN – Seorang wanita dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah ditahan dalam operasi khas yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di Kampung Mangkalinau, Batu 3, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Polis (ACP) George Abd Rakman, berkata suspek ditahan antara jam 11 pagi hingga 3 petang dan dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis syabu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, suspek kemudian dibawa ke pejabat BSJND IPD Sandakan untuk menjalani ujian saringan awal air kencing sebelum didapati positif methamphetamine dan amphetamine.

“Susulan keputusan itu satu lagi siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Suspek kini ditahan di lokap IPD Sandakan bagi membantu siasatan lanjut.

George berkata, operasi berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan polis dalam membanteras aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah ini.

Share This Article