SANDAKAN,3 MEI-Pembangunan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) petlu selari dengan keperluan industri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Hazem Mubarak Tun Musa berkata, ia untuk memastikan pelajar TVET memperolehi pekerjaan selepas menamatkan pengajian.
“Inilah tujuan yang sebenar apabila saya menyuarakan tentang TVET pada Sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu,” katanya.
Hazem sebelum itu metasmikan kursus tranfomasi teknologi tanaman cili fertigasi.
Beliau berkata, kursus TVET yang ditawarkan perlu selari dengan keperluan industri termasuklah pemodenan pertanian.
“Kita mahu apabila mereka menamatkan pengajian, mereka tahu hendak ke mana dan mempunyai peluang pekerjaan,” katanya.
Mengenai soalan lain, Hazem berkata, barter trade merupakan perniagaan yang bukan asing di Sandakan.
Perniagaan itu, katanya, mampu meningkatkan ekonomi daerah itu.
“Saya meminta kerajaan untuk mengkaji perniagaan inj pada Sidang DUN lalu kerana ia mampu meningkatkan ekonomi,” katanya.
Beliau berkata, jika ekonomi Sandakan terus membangun ia mampu menarik ramai pelabur ke Sandakan.
“Kita kerajaan untuk melihat perkara ini …apabila ekonomi membangun ia mampu memberikan kesan yang positif kepada rakyat,” katanya lagi.
Menurutnya, barter trade masih dilakukan di Sandakan tetapi ianya berskala kecil
