sh@ editor
KOTA KINABALU (7 JULAI): Jawatankuasa pemantau dicadangkan agar dutubuhkan bagi memantau kementerian yang menerima peruntukan tambahan.
Penubuhan itu dicadangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yasin ketika membahaskan usul perbekalan tambahan pada sidang DUN di sini hari ini.
Katanya cadangan itu adalah untuk memastikan agihan dibuat dengan adil dan saksama.
Beliau berkata, agihan yang adil dan saksama perlu dilaksanakan mengikut keperluan kawasan.
Ghani juga berharap pelaksanaan dan menaiktaraf bekalan air, elektrik dan jalan raya dapat diteruskan.
Pelaksanaan telaga tup dan paip graviti juga terus dilaksanakan, katanya
Tamat

