“Triple Crown of UNESCO” – Tapak Warisan Dunia Global Geopark dan Biosphera Resrve.

TUARAN (3 Mei): Kerajaan akan terus memelihara khazanah semula jadi di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Nor berkata kerajaan memberi komitmen dan memperluaskan manfaatnya kepada rakyat.

Pada majlis pelancaran Proses Konsiltasi Peluasan Kinabalu UNESCO Global Range Geopak (KUGGP) dan Crocker Range Biosphere Reserve di sini hari ini, Hajiji berkata Sabah antara tiga kawasan di dunia yang terus mendapat pengiktirafan dan meraih gelaran “Triple Crown of UNESCO” – Tapak Warisan Dunia Global Geopark dan Biosphera Resrve.

Ketua menteri berkata peluasan kawasan Geopark itu bukan sekadar satu pengiktirafan antarabangsa tetapi merupakan usaha yang akan membuka peluang besar dalam memperkukuhkan pendidikan komuniti.

Ia juga membolehkan pemeliharaan biodiversiti dan membangunkan sektor eko-pelancongan yang lestari, katanya lagi.

“Inilah bukti usaha berterusan kerajaan untuk menjaga alam warisan Sabah untuk generasi akan datang,” katanya.

Tamat