SABAH HEADLINES -SYARMILAH SALLEH
19 MAC 32025
UMNO dan Barisan Nasional Bahagian Lahad Datu komited untuk bertanding di kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi bahagian tersebut walaupun terdapat sebarang gabungan dengan parti lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul berkata pihak mereka yakin pada kali ini akan merampas kesemua empat DUN iaitu bekas kubu kuat BN suatu ketika dahulu.
Empat DUN tersebut ialah Kunak,Tungku,Segama dan Silam yang dimenangi Parti Warisan pada PRN lalu.
“… kita tidak ada kompromi,…kita akan tanding semua kerusi Kunak, Tungku, Segama dan Silam ..dan kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana parti walaupun ada gabungan, tapi kita tetap konsisten untuk pertahankan empat DUN ini agar dapat ditandingi oleh Barisan Nasional…”katanya.
Sharif Musa berkata demikian kepada media selepas Program Perdana Berbuka Puasa dan penyampaian sumbangan kepada sekolah tahfiz dan asnaf pada Selasa.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Bendahari UMNO Sabah yang juga mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Keruak.
