sh@jalie mohamad
Sandakan, 7 September – Sambutan penuh semangat dan patriotisme mewarnai Program Khas Merdeka & Hari Malaysia 2025 yang dianjurkan di PPR Taman Murni, Sandakan pada hari ini.
Program ini bertujuan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat setempat melalui pelbagai pengisian menarik.
Antara aktiviti yang dianjurkan termasuk Pendaftaran Ahli NADI & Saringan Kesihatan, Pertandingan Mewarna Merdeka (Kategori Ibu Bapa, Sekolah Rendah Tahap 1 & Tahap 2), E-Sukan (E-Football), Kuiz Kemerdekaan dan Tutorial Masakan Tradisi Hinava.
Sambutan ini berlangsung meriah dengan penglibatan aktif warga PPR Taman Murni bersama sukarelawan serta Jawatankuasa KRT Taman Murni yang menjadi tulang belakang penganjuran.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha sebegini dapat terus memupuk semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan terhadap tanah air, selaras dengan aspirasi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Tamat
