PPM WILAYAH 4 SABAH DAN MPOB GAGALKAN AKTIVITI PENYELEWENGAN CPO

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 13 JUN – Hasil kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah bersama MPOB Cawangan Sandakan, satu aktiviti pemindahan minyak sawit mentah (CPO) tanpa kebenaran berjaya dikesan dan ditumpaskan dalam operasi di Batu 32, Sandakan.

Operasi tersebut membawa kepada penahanan empat lelaki berusia 34 hingga 44 tahun serta rampasan sebuah lori tangki, sebuah lori 3 tan, peralatan pemindahan minyak dan kira-kira 39,980 kilogram CPO.

Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai lebih RM424,000. Kes disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Pelesenan Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2005 (PPLMSM 2005).

PPM Wilayah 4 Sabah menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras kegiatan penyelewengan dan pelanggaran undang-undang bagi melindungi kepentingan ekonomi serta keselamatan negara.

Share This Article