SANDAKAN (12 JULAI): Pasukan memanah Sekolah Visi Sandakan berjaya memenangi dua emas dan tiga gangsa pada Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Daerah Sandakan.
Dua emas diperolehi daripada Caleigh Chong Ky Ne bagi kategori recurve perempuan bawah 12 tahun.
Caden Yeo Kah Han menambah satu lagi emas untuk kategori recurve lelaki bawah 15.
Tiga perak pula disumbang oleh Zachariah Lai Ao Jie (recurve lelaki bawah 12), Nicholas Yeo Kah Hsien (kategori recurve bawah 15) dan Dexter Tsang bagi recurve lelaki bawah 18 tahun.
Seramai tujuh pemanah telah dipilih untuk mewakili Sandakan ke kejohanan memanah MSS Sabah akhir bulan ini.
Pemenang emas sekolah itu akan bersama Bryan Hiew, Jun Hao dan Jeazel Yukin (Terbuka Barebow), Joshua Chong Yao Jet dan Crystal Yong Shi Qi (Terbuka Compound) ke MSS Sabah di Lahad Datu nanti.
Tamat
