OP TAPIS: DUA SUSPEK DITAHAN, DADAH SYABU DIRAMPAS

sabahheadlines
1 Min Read

OLEH: SYARMILLAH SALLEH

LAHAD DATU: 16 Mei- Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Lahad Datu berjaya menahan dua lelaki dalam dua tangkapan berasingan melibatkan kes pengedaran dan pemilikan dadah jenis syabu dalam Op Tapis yang dijalankan pada 16 Mei 2025.

Kes pertama, seorang lelaki tempatan (39 tahun) ditahan di Kampung Unta, Lahad Datu dengan rampasan 52.45 gram syabu serta aluminium foil. Suspek didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan 15(1)(a) ADB 1952.

Kes kedua, seorang lelaki warga Filipina (30 tahun) ditahan di Kampung Puyut, Lahad Datu dengan rampasan 0.38 gram syabu dan 2 gulung foil. Suspek turut positif dadah Methamphetamine.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) ADB 1952.

Kedua-dua suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut. Tindakan ini adalah sejajar dengan arahan Ketua Polis Daerah Lahad Datu dalam membanteras aktiviti jenayah dadah di daerah ini.

Tamat

Share This Article