LAHAD DATU, 22 NOV – Calon Parti Warisan DUN Silam, Mohd Yusof Apdal menolak dakwaan pihak tertentu yang mengatakan beliau tidak mampu menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri( ADUN) jika menang PRN kali INI, ia menyifatkan tuduhan itu sebagai cubaan mengelirukan pengundi.
“Mereka tidak kenal saya. Lima tahun saya jadi ADUN di sini. Rekod saya ada dan masyarakat tahu bagaimana saya bekerja. Saya sentiasa berada di kawasan dan berkhidmat,” katanya kepada media selepas menghadiri ceramah santai bersama masyarakat tionghua di Palm Height malam tadi.
Menurutnya, dakwaan itu timbul kerana pihak lawan kehabisan isu terhadapnya.
“Mereka tiada isu… Mereka cuba mempengaruhi rakyat, tetapi kali ini rakyat tidak semudah itu untuk diperbodohkan. Orang Sabah sekarang bijak menilai,” jelasnya.
Sementara itu Yusof berkata MA63 dan tuntutan 40% hak Sabah jadi terasa perjuangan parti itu.
“Usaha menuntut pelaksanaan penuh MA63 dan mengembalikan 40% hasil bersih Sabah menjadi agenda utama Warisan.
“Mereka tidak berani janji untuk kembalikan 40% kepada Sabah. Warisan meletakkan perkara ini sebagai asas perjuangan. Kalau rakyat mahu hak ini dikembalikan, mandat mesti diberi kepada Parti Warisan,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa PRN kali ini bukan sekadar proses demokrasi tetapi sebuah perjuangan masa depan Sabah.
“Ini perjuangan menuntut hak. Saya ajak semua rakyat Sabah di mana pun mereka berada, mari kita jadikan ia kenyataan. Undilah Parti Warisan,” katanya.
TAMAT
