MOHD CASMIR JUARA SANDAKANfm

Lagu Gemuruh Search & Wings membawa tuah kepada Mohd Casmir Amar Mohd Ali apabila dinobatkan Juara pertandingan akhir Sandakanfm 2025 semalam.

Mohd Casmir yang berasal dari Telupid yang menampilkan kekuatan vokal melalui lagu battle Drama King turut meraih katergori Vokal terbaik pada malam yang cukup bersejarah bagi enam peserta pertandingan akhir itu di Sejati Walk Sandakan.

Tempat kedua dan ketiga disandang oleh Nabila Sutrisno dan Hafiz Benjamin

Nabila turut unggul dengan memenangi dua lagi kategori iaitu peserta paling popular dan persembahan terbaik.

Tiga lagi peserta yang turut menyertai pertandingan akhir ialah, Nurul Aisyah Benedict, Asratul Asah dan Mohd Hanafi Basri

Tamat