LELAKI BAWA SENJATA BERBAHAYA DITAHAN POLIS DI TAWAU

sabahheadlines
1 Min Read

TAWAU, 14 APRIL- Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Polis (ACP) Jasmin bin Hussin memaklumkan seorang lelaki berjaya diberkas oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Tawau dalam satu operasi di Kampung Bukit Kukusan, Jalan Tanjung Batu, di sini.

Menurutnya, dalam operasi tersebut suspek lelaki berusia lingkungan 59 tahun itu ditahan selepas didapati memiliki beberapa senjata tajam yang dipercayai digunakan bagi tujuan tertentu.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan polis menemui empat bilah taji ayam berukuran kira-kira 15 sentimeter yang disyaki milik individu berkenaan,” katanya.

Tambah beliau, siasatan lanjut mendapati lelaki terbabit merupakan warga asing yang tinggal di daerah ini tanpa memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Suspek kemudiannya dibawa ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut manakala semua barang rampasan turut disita bagi tujuan siasatan.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Share This Article