Lebih 2000 Tapau Bubur Lambuk Diedarkan Sebagai Juadah Berbuka Puasa Di Komuniti, Surau, Masjid, Pangkalan Batalion 15 Dan Sekolah Di Jalan Sungai Batang, Sungai Manila

khaiz
2 Min Read

SANDAKAN: Suasana kampung dan tenang sambil mengaul masakan dalam lima buah kawah yang mampu menyediakan lebih 2000 lebih mangkuk atau tapau menarik penyertaan penduduk menyertai program memasak Bubur Lambuk bersama Adabi.

Seawal jam lapan pagi, penduduk sudah bersedia bersama pihak penyedia masakan untuk sama-sama menyediakan juadah berbuka puasa untuk komuniti, surau, masjid dan pangkalan batalion 15 dan sekolah di jalan Sungai Batang.

Program julung kali diadakan di perkampungan amat disambut baik oleh penduduk kerana kehadiran Adabi disokong oleh Co Opbank Pertama dengan penganjur Koperasi Wanita Progresif Sabah Berhad dengan kerjasama komuniti PDM Sungai Batang diadakan dalam suasana ria di Kampung Nelayan Tengah Batu 10.

Program Memasak dan Mengagihkan Bubur Lambuk turut dihadiri Ketua Bahagian PGRS Sungai Manila Haji Hazem Tun Musa.

Pengerusi Penganjur, OKK Haji Awang Zakaria Haji Maria berkata program memasak bubur lambuk bersama komuniti sangat bertepatan kerana program amal memasak dan mengagihkan itu dijalankan secara gotong royong antara penyedia dan orang kampung.

“Program seumpama ini sangat baik, bukan saja kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim tetapi memberi ruang kepada pemimpin dan masyarakat mengenali budaya bersedekah,”katanya ketika berucap pada majlis ringkas penyampaian bubur lambuk yang disampaikan oleh Ketua Bahagian itu.

Pada majlis itu, Hazem turut bersama penduduk menyantuni penduduk di kawasan Sungai Batang dan turut sama menagihkan kepada orang ramai di jalan tersebut.

Share This Article