SANDAKAN, 27 Jan – Usaha berterusan Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan dalam memperjuangkan pewartaan kampung-kampung di kawasan Parlimen Batu Sapi membuahkan hasil apabila Kampung Cenderamata diluluskan sebagai Rizab Perkampungan Warta.
Kelulusan tersebut melibatkan keluasan kira-kira 0.6 hektar dan disifatkan sebagai langkah penting dalam menjamin status serta kepentingan penduduk kampung berkenaan dari aspek pembangunan dan kebajikan komuniti setempat.
Pewartaan itu turut mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Sabah di bawah pentadbiran Sabah Maju Jaya yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dalam memastikan kebajikan rakyat terus diberi keutamaan.
Penghargaan turut dizahirkan kepada Jabatan Tanah dan Ukur serta semua pihak berkaitan atas kerjasama dan peranan dalam melancarkan proses pewartaan Kampung Cenderamata.
TAMAT
