sh@ Syarmilah Salleh
LAHAD DATU; 25 Julai 2025 (Jumaat)- Umat Islam disaran agar tidak melakukan perbuatan tidak bermoral dan melanggar hukum agama.
Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Lahad Datu ,Ustaz Mardi Arifin berkata pihaknya ada menerima laporan mengenai aktiviti tudak bermiral dan bertentangan dengan ajaran agama..
“Kami sudah kenal pasti lokasi dan jenis kesalahan cuma tunggu masa sesuai untuk kami serbu dan tangkap,”katanya kepada pihak media.
Beliau memberitahu, pihaknya akan berkerjasama dengan jabatan lain seperti Polis dan Imigresen untuk bersama dalam operasi yang akan dibuat dalam skala yang besar.
“Saya harap semua pihak terutama ibu bapa mengambil berat pergerakan anak-anak mereka, kerana golongan remaja antara yang ramai terlibat dalam kegiatan maksiat ketika ini seperti khalwat,judi dan minum arak di pusat hiburan ataupun restoran terbuka,” katanya.
Beliau juga mengingatkan peranan para guru agama di daerah ini agar bertindak untuk bersama mengatur langkah bagi mengajak seluruh umat Islam agar tidak terjebak dalam kancah maksiat serta keruntuhan akhlak demi menjamin kemakmuran dan kedamaian daerah ini.