JAMES YAKIN MENANG DI SUGUT

sabahheadlines
2 Min Read

KOTA KINABALU (20 NOVEMBER): Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan (DU) Sabah, Sugut, Datuk James Ratib yakin mengekalkan kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 29 November ini.

James berkata keyakinan itu hadir kerana dia mempunyai penyokong tegar sejak dahulu.

“Mereka ini sudah bersama saya sejak memegang jawatan ketua pemuda (Umno) Beluran dan sehingga kini,” katanya dalam temu bual podcast di sini.

James berkata, penyokongnya itu akan mengikuti ke mana sahaja dia pergi.

“Mereka akan mengikuti saya …jika saya menyertai mana-mana parti mereka tidak akan berubah,” katanya.

Ditanya apakah perubahan beliau lakukan sejak menjadi wakil rakyat di kawasan itu, James berkata beliau telah melakukan pelbagai perubahan seperti pendidikan dan sebagainya.

Katanya, Sekolah Menengah Kebangsaan Simpangan sebelum ini sering dilanda banjir dan menggangu pembelajaran pelajar telah dipindahkan.

” Saya berjaya memindahkan sekolah itu ke tempat yang lebih selesa untuk pelajar,” kstanya.

Selain itu, beliau berjaya menaiktaraf status daerah Paitan menjadi daerah penuh.

Katanya, perubahan status daripada daerah kecil ke daerah penuh memberi manfaat kepada penduduk di Sugut.
Menurutnya, sebelum ini penduduk terpaksa ke Beluran atau Pitas untuk urusan membabit pendaftaran anak, pertukaran sekolah, urusan tanah dan sebagainya.

Beliau berkata urusan itu bukan sahaja mengambil masa yang lama tetapi perbelanjaannya agak besar.

“Rakyat saya bukannya rakyat yang mewah …sudah tentu menyulitkan mereka untuk membayar kis RM300 atau RM400 kerana terpaksa menyewa kereta.

“Inilah sebab di Sugut ramai penduduk tidak mempunyai dokumen dan ini menyukarkan anak-anak mereka mencari pekerjaan dan meneruskan persekolahan.

“Apabila Paitan dinaik taraf, ia memberi kemudahan kepada mereka jerana beberapa jabatan dibuka di pejabat daerah,” katanya lagi.

Beliau juga memberitahu pembinaan 200 rumah PPRT akan dilaksanakan selain cadangan untuk membina kompleks sukan.

Tamat

Share This Article