HDOK TERIMA ENAM BUAH MESIN HEMODIALISIS BAHARU

SANDAKAN: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat telah menyempurnakan penyerahan enam buah mesin Hemodialisis kepada hospital Duchess Of Kent (HDOK), baru baru ini.

Pada lawatan kerja menteri itu ke daerah ioni, beliau turut menyampaikan enam lagi mesin yang sama kepada Hospital Kinabatangan (empat unit) dan dua unit mesin yang sama kepada hospital Beluran

sumbangan Kerajaan Negeri Sabah kepada Zon Kluster Sandakan melibatkan Duchess of Kent Hospital, Sandakan sebanyak 6 buah, hopsital Kinabatangan, 4 buah dan hospital Beluran, 2 buah.

Menurut rekod, setakat JUN 2025, Duchess of Kent Hospital telah merekodkan seramai 126 pesakit menerima rawatan dialisis, manakala hospital Kinabatangan, 19 pesakit dan Beluran, 17 pesakit.

Kerajaan negeri Sabah telah menyumbangkan sebanyak 100 buah mesin dialisis kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk diagihkan kepada semua Hospital dan 2 buah Klinik Kesihatan di negeri ini.

Tamat