ENAKMEN URUSAN JUAL BELI HARTANAH DICADANG

sabahheadlines
2 Min Read

KOTA KINABALU (21 NOVEMBER): Enakmen urusan jual beli dan pengurusan hartanah di Sabah akan dicadangkan.

Ketua Menteri Interim Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata cadangan itu dibuat agar tiada lagi proses yang melambatkan pemilik dan tiada lagi projek terbengkalai.

“Proses yang lambat itu menjejaskan rakyat,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyerahan geran subsidiari kepada 1,974 pemilik unit 1 Borneo di di sini baru-baru ini.

Penyerahan itu diserahkan kepada Pertubuhan Islam Seluruh Sabah oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.

Hajiji turut hadir pada majlis itu memberitahu bahawa penyerahan itu membuktikan kesungguhan kerajaan di bawah Gabungan Rakyat Sabah dalam menyelesaikan isu tanah dan hartanah secara tuntas.

Katanya, biarpun berdepan kekangan teknikal, komitmen JTU dan USIA mempastikan masalah itu dapat diselesaikan dengan baik.

TAMATKOTA KINABALU (21 NOVEMBER): Enakmen urusan jual beli dan pengurusan hartanah di Sabah akan dicadangkan.

Ketua Menteri Interim Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata cadangan itu dibuat agar tiada lagi proses yang melambatkan pemilik dan tiada lagi projek terbengkalai.

“Proses yang lambat itu menjejaskan rakyat,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyerahan geran subsidiari kepada 1,974 pemilik unit 1 Borneo di di sini baru-baru ini.

Penyerahan itu diserahkan kepada Pertubuhan Islam Seluruh Sabah oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.

Hajiji turut hadir pada majlis itu memberitahu bahawa penyerahan itu membuktikan kesungguhan kerajaan di bawah Gabungan Rakyat Sabah dalam menyelesaikan isu tanah dan hartanah secara tuntas.

Katanya, biarpun berdepan kekangan teknikal, komitmen JTU dan USIA mempastikan masalah itu dapat diselesaikan dengan baik.

TAMAT

Share This Article