ENAM KERETA, DUA MOTOSIKAL MUSNAH DALAM KEBAKARAN GARAJ DI TUARAN

sabahheadlines
1 Min Read

TUARAN, 30 Januari 2026 – Enam buah kereta dan dua motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Lok Batuk awal pagi ini.

Kebakaran itu melibatkan sebuah garaj kenderaan di kampung tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohammad Nor Amit, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.46 pagi.

Sebuah jentera bersama 10 anggota ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari balai.

Beliau berkata,, kebakaran melibatkan struktur garaj tidak kekal dengan keluasan dianggarkan sekitar 56 meter persegi yang terbakar sepenuhnya ketika pasukan bomba tiba di lokasi.

“Kesemua kenderaan yang berada di dalam garaj berkenaan turut musnah dalam kejadian ini,” katanya menerusi satu kenyataan.

Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan bekalan air daripada jentera serta bantuan sebuah lori tangki air bagi memastikan kebakaran dapat dikawal dengan berkesan.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.15 pagi sebelum operasi ditamatkan pada jam 7.19 pagi selepas pemeriksaan keselamatan dilakukan bagi memastikan tiada risiko kebakaran susulan.
Tiada mangsa dilaporkan cedera atau terlibat dalam kejadian tersebut. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

TAMAT

Share This Article