BANTU AKTIVITI GOLONGAN ISTIMEWA PENGLIHATAN

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN: Orang ramai khususnya sektor korporat diharap dapat membantu aktiviti golongan istimewa penglihatan.

Bantuan yang diberikan membolehkan Taman Cahaya melaksanakan aktiviti kepada golongan itu sebagai pusat latihan dan institusi pendidikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Hazem Mubarak Tun Musa berkata, bantuan yang diberikan membantu dana yang diberikan kepada taman itu.

Difahamkan taman tersebut sememangnya menerima dana tetapi ia tidak mencukupi.

Sebagai usaha untuk menampung aktiviti, pihak pengurusan taman itu melancarkan surat rayuan bagi mendapatkan dana tambahan.

Hazem yang memberi sumbangan kepada taman itu berkata, usaha menyediakan latihan kemahiran, sokongan kebajikan dan aktiviti sosial penting dalam membantu golongan istimewa penglihatan bagi menjalani kehidupan dengan berdikari.

Beliau seterusnya melahirkan penghargaan kepada pihak pengurusan taman itu yang terus komited dalam memperjuangkan kebajikan serta kesejahteraan golongan tersebut.

“Pelancaran surat rayuan itu merupakab salah satu usaha yang baik dalam mengajak masyarakat tampil menghulurkan sumbangan.

“Saya yakin dengan sokongan yang diberi khususnya daripada sektor swasta dan korporat serta individu yang prihatin, pihak pengurusan akan dapat meneruskan program-progran yang dirancang untuk golongan ini,” katanya lagi.

TAMAT

Share This Article