KOTA KINABALU, 16 Januari – Beberapa perkara dan isu semasa diperbincangkan bersama Ketua Menteri dengan Ahli Parlimen Sabah.
Perbincangan pada pertemuan di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya pada malam Khamis lalu termasuklah kesan kepada akar umbi di bawah bidang kuasa negeri dan persekutuan.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata perbincangan itu juga menyentuh tentang pentadbiran pihak berkuasa daerah dan tempatan.
“Saya telah mengambil maklum pandangan, maklum balas serta cadangan mereka ” katanya.
Antara Ahli Parlimen yang bertemu dengan Ketua Menteri ialah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), yang juga merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Persekutuan, Datuk Shahelmey Yahya (Putatan), Datuk Matbali Musah (Sipitang), Lo Su Fui (Tawau), yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Riduan Rubin (Tenom).
TAMAT
