Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Sabah Perkukuh Hala Tuju JPANS

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 15 Januari 2026 – Majlis Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) telah berlangsung di Bilik Kuliah, Tingkat 12, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS), Menara Kinabalu, hari ini.

Majlis disampaikan oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, dan dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), para Pengarah Bahagian serta seramai 230 warga JPANS, sekali gus mencerminkan sokongan padu terhadap hala tuju organisasi.

Dalam amanatnya, beliau menekankan kepentingan hala tuju strategik jabatan bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus relevan, berdaya saing dan berintegriti. Majlis turut menampilkan pembentangan pencapaian setiap Bahagian, termasuk fokus serta perancangan utama bagi tahun 2026 selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam negeri.

Sebagai penghargaan terhadap komitmen dan prestasi yang ditunjukkan, majlis turut diserikan dengan penyampaian plak penghargaan kepada setiap Bahagian JPANS, sekali gus diharap dapat menjadi pemangkin semangat untuk mencapai kecemerlangan berterusan.

TAMAT

Share This Article