KUALA LUMPUR, 12 Januari – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menghadiri Permukiman Kerajaan MADANI 2026 selama dua hari di Pusat Pembelajaran KWSP, Bangi.
Pemukiman yang bermula 10 Januari itu turut disertai Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Panglima Joachim Gunsalam; Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Pabglima Masidi Manjun serta Menteri Krrajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif.
Permukiman dimulakan dengan amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum sesi perbincangan dasar melibatkan semua menteri Kabinet Persekutuan.
Pada hari kedua, Hajiji membentangkan kertas kerja yang menumpukan isu pembangunan Sabah, cabaran semasa serta keperluan khusus negeri itu dalam memperkukuh pelaksanaan agenda Kerajaan MADANI bagi tahun 2026.
Permukiman berkenaan bertujuan menyelaraskan hala tuju dasar dan keutamaan pentadbiran kerajaan bagi memastikan kesinambungan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
TAMAT
