Sulam Peak 2026 Bukti Keberkesanan Platform Khidmat Masyarakat UMS

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 11 Januari – Program Sulam Peak 2026 anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus membuktikan keberkesanannya sebagai platform khidmat masyarakat dan pemerkasaan kesukarelawanan dalam kalangan belia.

Majlis perasmian program itu disempurnakan Ahli Parlimen Batu Sapi merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, di Kompleks Sukan Sandakan, semalam.

Program yang berlangsung selama dua hari itu mendapat sambutan menggalakkan daripada belia setempat, sekali gus mencerminkan minat tinggi golongan muda untuk terlibat aktif dalam aktiviti kesukarelawanan dan pembangunan komuniti.

Datuk Khairul Firdaus menzahirkan penghargaan kepada UMS atas kejayaan penganjuran program berkenaan, selain mengumumkan sumbangan kewangan berjumlah RM10,000 sebagai sokongan bagi memperkukuh pelaksanaan program SULAM pada masa hadapan.

TAMAT

Share This Article