KOTA KINABALU (12 DISEMBER): Kesungguhan Kerajaan Perpaduan dalam mensejahterakan rakyat dilihat menerusi Belanjawan Negeri.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata belanjawan itu bukan sekadar belanjawan surplus tetapi membuktikan komitmen tinggi kerajaan terhadap rakyat Sabah.
Belanjawan Negeri dibentangkan petang tadi oleh Timbalan Ketua Menteri II yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun di Dewan Undangan Negeri Sabah.
Isnin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata kesungguhan itu dibuktikan apabila Sabah merekodkan ketua isi rumah sifar miskin tegar.
“Ia merupakan usaha berterusan kerajaan dan kesungguhan itu tidak akan dihentikan,” katanya lagi.
Sudah tentu, katanya, kerajaan akan berusaha untuk mengurangkan angka golongan miskin.
Beliau berkata berasaskan kepada belanjawan itu, kerajaan telah merangka pelbagai inisiatif untuk mensejahterakan rakyat.
“Saya yakin rakyat akan menikmati pelbagai inisiatif,” katanya lagi.
TAMAT
