Tiga Pakej Pan Borneo Putatan–Berungis Dipantau Menteri Kerja Raya

sabahheadlines
1 Min Read

PUTATAN–BERUNGIS, 12 Dis – Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi hari ini meninjau kemajuan tiga pakej utama Pan Borneo Sabah bagi jajaran Putatan hingga Berungis (WP06, WP07 dan WP08) sebahagian komponen penting pembinaan Kota Kinabalu Outer Ring Road (KKORR).

Pakej WP08 melibatkan Sepanggar–Berungis mencatat kemajuan fizikal 85.82% (jadual 86.43%) dengan kos RM513.66 juta dan tarikh siap baharu 10 September 2026.

Sementara itu pakej WP06 Putatan–Inanam iaitu projek bernilai RM915.37 juta itu berada pada 94.15% lewat 3.55% daripada jadual.

Beberapa jajaran telah dibuka sementara melalui Certificate of Partial Opening.

Pakej WP07 yang merangkumi Inanam–Sepanggar pula mencapai 89.63% iaitu 5.76% di bawah jadual bagi pakej bernilai RM442.55 juta.

Kementerian Kerja Raya menegaskan komitmen memastikan setiap pakej Pan Borneo Sabah disiapkan berkesan dan mengikut jadual bagi memperkukuh jaringan jalan raya serta pembangunan sosioekonomi negeri.

TAMAT

Share This Article