HAJIJI YAKIN TUNTUTAN 40 PERATUS DIMUKTAMAD

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU,8 Dis :
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yakin tuntutan 40 peratus akan dimuktamadkan tidak lana lagi.

“Hak Sabah tetap diutamakan …saya yakin tuntutan geran khas 40 peratus akan dimuktamadkan tidak lama lagi hasil hubungan rapat Kerajaan Negeri dan Persekutuan,” katanya hari ini.

Hajiji berkata perjuangan kerajaan jelas iaitu menuntut hak Sabah sambil memastikan kepentingan negara terus terpelihara.

Dalam Program Sentuhan Madani bersama Perdana Menteri hari ini, beliau turut menegaskan komitmen Kerajaan Negeri untuk memacu pembangunan melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Inisiatif itu merangkumi pewujudan tiga taman perindustrian baharu di Kudat, Beaufort dan kawasan Kota Belud–Kota Marudu.

Selain itu, pelbagai bantuan kebajikan turut dipertingkatkan termasuk program Rumah Mesra SMJ di setiap DUN, bantuan RM300 kepada 100,000 penerima serta bantuan khusus untuk warga emas dan pembeli rumah pertama.

Kerajaan Negeri juga memperkukuhkan infrastruktur asas dengan peruntukan lebih RM1.2 bilion bagi meningkatkan bekalan air serta pelaksanaan Projek Sabah Southern Link yang dijangka menyelesaikan isu bekalan elektrik di kawasan Pantai Timur.

Katanya, dengan kerjasama semua pihak, Sabah akan terus bergerak ke hadapan demi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri sentiasa terjamin.

TAMAT

Share This Article