LAHAD DATU, 6 Dis — “Mystical Bayu 2025” berlangsung selama empat hari di Segama Village Stay yang melibatkan peserta daripada influencer dan media Itu dilihat mampu menarik pelancong ke Lahad Datu.
Program itu mempromosikan produk pelancongan berasaskan nature, culture, dan adventure.
Menurut Anita Misuari, Ketua Pegawai Eksekutif KRA4 Tour and Travel yang juga rakan strategik program Mystical Bayu 2025 itu berkata,para peserta berpeluang menikmati pengalaman melancong sambil mengenali komuniti tempatan.
Hari Pertama dimulakan dengan sesi taklimat dan ramah mesra.
Hari Kedua pula aktiviti adalah bertemakan Roots & Nature termasuk aktiviti jungle trekking, eksplorasi Gua Purba Tepadung Segama dan ATV ride.
Manakala pada malamnya, peserta disajikan dengan Malam Kebudayaan dan persembahan tradisi bagi memberikan pengalaman budaya tempatan secara dekat.
Hari Ketiga pula aktiviti bertemakan Alun Datu iaitu The Soul of the Sea yang dimulakan dengan lawatan ke Tower of Heaven.
Kemudian diikuti dengan island hopping, snorkeling, berenang dan aktiviti santai di pantai.
Sementara itu Hari terakhir pula dimulakan dengan sunrise hike ke Bukit Belacon iaitu sebuah lokasi terkenal dengan fenomena Carpet of Clouds.
“Kami mahu pelancong bukan sahaja melihat keindahan alam tetapi juga mengalami budaya dan kehidupan masyarakat tempatan.
Konsep ini mengabungkan nature & culture dengan pengalaman sebenar,” katanya.
Sehubungan itu beliau berharap Program Mystical Bayu 2025 dapat menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa ke Lahad Datu sekaligus menjadikan daerah ini sebagai destinasi pelancongan utama di Sabah.“Mystical Bayu 2025-Dari Hutan ke Laut, Pengalaman Budaya Holistik Menanti Pelancong di Lahad Datu”
TAMAT
