Figura UMNO Sabah Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 5 Dis — Dunia politik tanah air hari ini dikejutkan dengan pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang disahkan meninggal dunia awal pagi Khamis.

Perkara itu dimaklumkan anak beliau, Naim Kurniawan Moktar menerusi satu hantaran di Facebook yang mengesahkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.46 pagi bersamaan 14 Jamadilakhir 1447H.

Naim turut merayu orang ramai agar mendoakan semoga roh ayahandanya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Pemergian Bung Moktar, tokoh politik Sabah yang lama berkhidmat meninggalkan kesan mendalam kepada rakan-rakan politik serta masyarakat yang pernah berada di bawah kepimpinannya.

Share This Article