KOTA KINABALU (2 NOVEMBER): Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas antara yang dilantik dan mengangkat sumpah sebagai pembantu menteri.
Seramai 17 pembantu menteri dilantik dan mengangjkat sumpah dihadapan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.
Empat calon bebas itu termasuklah Datuk Fairuz Rendan (Pintasan), Datuk Rina Jainal (Kukusan), Datuk Dr Maijol Mahab (Bandau) dan Jordan Jude Ellron (Tulip).
Selain itu ADUN Dilantik, Datuk Ceasar Mandela Malakun turut dilantik sebagai pembantu menteri.
Mereka yang lain termasuklah Datuk Joniston Lumai @ Bangkuai (Kiulu), Dato’ Sri Dr. Ruddy Awah (Pitas), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Datuk Samad Jambri @ Jamri (Labuk) dan Datuk Limus Jury (Kuala Penyu).
Datuk Ruslan Muharam (Lumadan), Datuk Hendrus Anding (Tandek), Datuk Jonnybone J Kurum (Telupid), Datuk Juil Nuatim (Limbahau), Datuk Chong Chen Bin @ Ben Chong (Tanjung Kapor), Dr. Andi Md Shamsureezal (Tanjung Batu) dan Datuk Mohd Ishak Ayub (Bingkor).
Majlis sama turut menyaksikan pelantikan enam ADUN Dilantik, terdiri daripada Datuk Mohamed Razali Mohamad Razi,Datuk Haji Abdul Kassim Razali,Datuk Ir. Chin Shu Ying,Datuk Ceasar Mandela Malakun,Datuk Roger Chin (bekas Presiden Sabah Law Society) danGrace Lee Li Mei.
Pelantikan ini melengkapkan struktur kepimpinan baharu kerajaan negeri dalam memperkukuh tadbir urus serta pelaksanaan agenda pembangunan di bawah kerangka Sabah Maju Jaya. Maju Jaya.
