Catatan Editor
Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undang (DU) Sabah ke-17 mencatatkan seramai 596 orang disahkan layak bertanding. Ia merupakan angka yang besar.
PRU DU Sabah kali ini juga menyaksikan kemunculan beberapa parti bertanding. Antaranya Parti Bumi Kenyalang, Parti Impian Sabah, Parti Kebangsaan Savah, Parti Kerjasama Anak Negeri, Parti Perpaduan Rakyat Sabah dan Parti Damai Sabah.
Parti Perjuangan Rakyat, Pertubuhan Gemilang Anak Sabah, Parti Bangsa Malaysia, Parti Aspirasi Rakyat Sarawak, Pejuang, Parti Betsatu Sasa Malaysia dan Parti Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah.
Parti lain yang turut bertanding termasuklah Gabuangan Rakyat Sabah, Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Parti Maju Sabah, Perikatan Nasional, UPKO dan Warisan
Seramai 74 calon pula bertanding atas tiket bebas pada PRU kali ini.
Sebanyak 73 kerusi dipertandingkan pada PRU kali ini dan pastinya 596 orang yang disahkan bertanding bakal memburu gelaran Yang Berhormat.
Daripada itu, calon Parti Kebangsaan Sabah, Thomas Anggan merupakan calon tertua dengan usia 89 tahun dan bertanding di Bingkor manakala Syafiq Iqhmal Saharuddin juga daripada parti yang sama adalah calon termuda dengan usia 24 dan bertanding di Silam.
Seperti PRU sebelum ini golongan lelaki mendominasi senarai calon dan hanya 74 orang sahaja wanita yang akan bertanding.
Pengundian awal PRU kali ini diadakan pada 25 November manakala 29 November adalah pengundian yang menyeluruh.
Tamat
