HAZEM TEKAD BANGUN SUNGAI MANILA

sabahheadlines
2 Min Read

Editor Sabahheadlines

SANDAKAN: 15 November – Calon Pilihanraya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah (PRU DU Sabah) ke-17 bagi kerusi Sungai Manila, Hazem Mubarak Tun Musa (GRS) bertekad membangunkan kawasan itu jika dipilih menjadi wakilnya.

Jelas beliau, ia juga ingin menyambung legasi pembangunan yang ada.

Beliau berkata, desas desus mengatakan bahawa beliau bertanding hanya kerana ayahnya, Yang Di Pertua Negeri, Tun Musa Aman, ia tidak seharusnya menjadi persoalan.

Ini kerana, ayahnya juga pernah berkhidmat di kawasan Sungai Sibuga.

Kini, Hazem yang mempunyai minat yang tinggi dalam bidang politik mahu meneruskan pembangunan kawasan Sungai Manila selepas ini.

Mengenai keyakinan menang, beliau yakin pengundi bijak menilai.

Beliau yang juga Ketua Bahagian PGRS Sungai Manila sudah tiga tahun berkhidmat di bawah dan bertemu penduduk akar umbi.

Terdahulu, pada sesi penamaan calon, Hazem hadir bersama penyokong dan pencadangnya seawal jam 8.30 pagi ke pusat pencalonan di Dewan Serbaguna Libaran pada Sabtu.

Lebih 500 penyokong beliau mengiringi perjalanan Hazem ke pusat pencalonan. Hazem turut ditemani oleh Pengarah UPPM Sabah Datuk Awang Kadin dan Datuk Zakaria Edris sepanjang proses pencalonan berlangsung.

Pencalonan beliau juga diterima bersama lima calon lain bertanding bagi kerusi itu, Irian Nanang (Parti Impian Sabah), Sittinara (Parti Warisan), Yusri Abu (Perikatan Nasional), Zaini Tiksun (Barisan Nasional) dan Faizal Wahab (Parti Perpaduan Rakyat Sabah).

Manakala penyandang, Datuk Mokran Ingkat (BN) tidak bertanding.

Tamat.

Share This Article