Tamparuli, 8 November 2025 – Seorang remaja berumur 16 tahun maut selepas dipercayai lemas semasa mandi di Sungai Kampung Kimonsi, Kampung Botung Tamparuli.
Menurut Komander Operasi, PBK I Mahmud Bin Jumah, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.17 petang 7 November lalu berhubung kejadian lemas tersebut.
Katanya, anggota bomba tiba di lokasi kejadian bersama orang kampung pada 6.48 petang bagaimana pun operasi pencarian malam itu ditangguhkan pada jam 19:00 dan dijadualkan disambung keesokan paginya.
Pada 8 November, operasi diteruskan menggunakan kaedah Surface Search.
Sekitar jam 09.15 pagi Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba berjaya menemui mangsa kira-kira 10 meter dari lokasi terakhir dilaporkan hilang.
Mangsa dikenali sebagai Randell Junior Rony, 16 tahun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi melibatkan 11 anggota bomba termasuk 4 anggota menggunakan jentera Utiliti DMAX dan 7 anggota PPDA dengan Urvan PPDA.
Agensi lain yang terlibat termasuk PDRM seramai 4 anggota.
Ketua Balai BBP Tuaran, TPgB Mohamad Nor Bin Amit, menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika mandi di sungai bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
TAMAT
