PUTATAN (28 OKTOBER): Mentaliti melihat belia hanya dalam sukan sewajarnya dihapuskan.
Pegawai Penerangan Parti Bumi Kenyalang (PBK) Sabah, Datuk Jasni Matlani berkata potensi belia itu perlu dilihat dengan lebih luas.
“Belia harus dilihat dalam bidang yang lain dan tidak hanya dalam bidang sukan semata-mata,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata akibat hanya beranggapan belia dalam sukan, pebglibatan belia dalam bidang lain dipinggirkan.
Katanya, kejayaan dan potensi belia itu tidak hanya dalam bidang sukan tetapi dalam bidang lain seperti keusahawanan dan sebagainya.
“Sebut sukan kita lihat kepada belia tetapi bila sebut bidang lain, belia dipinggirkan…sepatutnya kita perlu berusaha membuka ruang dan membantu mereka dalam bidang yang lain,” katanya.
Terdapat belia, katanya, berjaya dalam bidang yang lain tetapi tenggelam akibat dipinggirkan.
Beliau berkata, perkara itulah yang sepatutnya diberikan perhatian.
“PBK bersuara mengenai perkara ini kerana kita melihat belia juga berpotensi dalam bidang lain dan bukan sukan semata-mata,” katanya lagi.
Tamat

