Sandakan, 11 Oktober 2025 – Persaingan tiga pasukan bola sepak bukan mencari kemenangan sebaliknya lebih menjurus menyemarakkan sukan bola sepak.
Perlawanan persahabatan tiga penjuru itu melibatkan pasukan Goblin FC, Horizon FC dan Gaman FC sebagai penganjur.
Perlawanan di Padang Batu 10 di sini mendapat respon yang baik.
Tujuan utama penganjuran perlawanan ini adalah bagi memupuk semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan belia dan veteren sempena sambutan sukan Hari Negara.
Selain daripada meningkatkan hubungan silaturrahim antara kelab-kelab yang terlibat, ia turut menjadi platform kepada para pemain untuk mengasah bakat serta meningkatkan kerjasama berpasukan dalam suasana yang kompetitif namun harmoni.
Presiden Kelab Bola Sepak Gaman, Tuan Walter Gurandi, turut berbesar hati menyampaikan sumbangan berbentuk hamper kepada setiap pasukan yang menyertai sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sokongan terhadap program itu.
Dari segi pengurusan dan pengaturan jadual serta penyediaan padang, segala urusan telah diselaraskan dengan lancar oleh Setiausaha Kelab Bola Sepak Gaman, Nick Oliver. Penganjuran yang tersusun ini mencerminkan komitmen kelab dalam memperkasa pembangunan sukan bola sepak di peringkat akar umbi.
Kelab Bola Sepak Gaman mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan perlawanan persahabatan itu.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi menyemarakkan lagi semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat setempat.
Tamat
