SANDAKAN, 9 Okt – Cubaan seorang lelaki mengemukakan maklumat palsu membawa padah.
Cubaan itu menyebabkan lelaki itu ditahan oleh pengustkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sandakan ketika dia memohon daftar lewat kad pengenalan di pejabat JPN Sandakan di sini pagi ini.
Menurut kenyataan JPN, lelaki tersebut ditahan ketika sesi soal siasat dijalankan sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
“JPN tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penipuan atau pemalsuan dokumen yang melibatkan identiti diri.
Orang awam dinasihatkan supaya tidak mengemukakan maklumat palsu ketika membuat sebarang urusan atau permohonan di pejabat JPN,” katanya.
Kes tersebut kini dalam siasatan pihak polis.
TAMAT