Gambar: Geoffrey Yong bersama isterinya, Ervena Joan menyerahkan borang keahlian kepada
Hussein Hassan
TAMBUNAN: Sesudah Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) kini Parti Maju Sabah (SAPP) pula menerima kejutan.
Kejutan itu berlaku apabila ahli yang bersama selama lebih 30 tahun itu, Geoffrey Yong dan isterinya Ervena Joan mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tambunan.
Geoffrey merupakan mantan timbalan pengerusi SAPP Tambunan mengambil keputusan itu selepas melihat perkembangan kepimpinan Ketua Bahagian PGRS N39 Tambunan, Datuk Victor P. Paut.
“Saya bersama isteri memilih menyertai PGRS kerana yakin dengan arah perjuangan yang dibawa oleh kepimpinan Victor.
“Beliau memberi nafas baharu dalam politik Tambunan,” katanya pada majlis penyerahan borang keahlian di sini, semalam.
Borang keahlian Geoffrey dan isterinya diterima oleh Naib Ketua Bahagian (NKB) PGRS Tambunan, Hussein Hassan dengan disaksikan Ahli Jawatankuasa Bahagian, Sylvester Yapas, Aziz Banting serta barisan kepimpinan lain.
Sebelum ini lima wakil rakyat STAR, mengambil keputusan untuk kekal dan memberikan sokongan padu kepada Gabungan Rakyat Sabah.
STAR dan SAPP meninggalkan GRS kerana mahu menggunakan logo sendiri pada pilihan raya negeri nanti.
Tamat.