TUARAN, 23 Sept -Sebuah rumah kongsi pekerja di Impian Jadi musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.05 pagi.
Sepasukan 11 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran digerakkan ke lokasi tersebut.
Jarak lokasi dari balai adalah 15 kilometer dan pasukan tiba pada jam 3.26 pagi.
Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air dari jentera.
Komander operasi, PBK II Easter Hassan mengetuai operasi tersebut yang melibatkan kekuatan sebuah jentera FRT dengan lima anggota, sebuah EMRS dengan tiga anggota serta sebuah tangki air (water tanker) bersama tiga anggota.
Setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu.
Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Ketua Balai BBP Tuaran, Mohammad Nor bin Amit berkata, laporan lanjut berhubung insiden berkenaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
TAMAT

