BEAUFORT: 25 Ogos- Sambutan Hari Kemerdekaan adalah ruang terbaik untuk melihat pencapaian yang dicapai.
Pembantu Menteri 1 Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata pelbagai pencapaian pembangunan dan kemajuan telah dicapai.
“Ia termasuklah pencapaian dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sebagainya,” kata ketika ditemui selepas metasmikan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat Majlis Daerah Beaufort di sini hari ini.
Katanya Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah sentiasa berusaha memastikan kemajuan dan pembangunan di negeri ini terus dilaksanakan.
Menurutnya usaha itu termasuklah memperkenal pelbagai inisiatif untuk rakyat.
“Pelbagai bantuan diperkenalkan dan langkah ini adalah untuk memastikan rakyat tidak tertinggal ketika negeri ini maju dan membangun,” katanya.
Dalam pada itu Isnin berkata pihak berkuasa tempatan boleh memainkan peranan untuk mengajak rakyat terlibat dalam menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Tamat
