LELAKI DILAPORKAN HILANG DI HUTAN BELURAN DIJUMPAI SELAMAT

sabahheadlines
1 Min Read

BELURAN, 23 Ogos – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Kampung Bukit Besi sejak 18 Ogos ditemui selamat hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, PPgB Edoen Macheal berkata, lelaki itu ditemui selepas isterinya memaklumkan perkara itu.

“SAR dihentikan pada jam 1 tengah hari sekepas isteri itu maklumkan bahawa dia berjaya menghubungi suaminya pada jam 11.59 pagi,” katanya di sini.

Beliau betkata hasil perbualan, mangsa Jusli Kiple berada dalam keadaan selamat namun enggan ditemui pada waktu ini.

“Polis Beluran memberi tempoh 24 jam kepada isteri mangsa untuk hadir bersama suaminya ke balai bagi menarik balik laporan kehilangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jusli, 48, sebelum ini dilaporkan hilang selepas keluar ke kebunnya kira-kira jam 6 pagi, 18 Ogos lalu, yang terletak hanya 500 meter dari rumah.

Usaha mencari oleh keluarga dan penduduk kampung sehari selepas itu gagal menemui sebarang petunjuk.

Sepanjang operasi, seramai 44 anggota pelbagai agensi termasuk tiga anggota Balai Bomba Beluran, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta 30 penduduk kampung terlibat dalam pencarian.

Jusli kini disahkan selamat dan siasatan lanjut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

TAMAT

Share This Article