BEKAS PELAJAR SERTAI GOTONG ROYONG

BANDAU, 22 Ogos 2025 –Selain pelajar, guru dan ibu bapa, gotong royong perdana turut dijayakan oleh bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Pekan Lama.

Program Gotong-Royong Perdana bertemakan “Sekolahku, Tanggungjawab Bersama” di sini pagi ini turut disertai oleh pemimpin masyarakat.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) Bandau,Datuk Dr. Maijol Mahap, turut bersama pada program itu.

Beliau menzahirkan sokongan terhadap usaha sekolah dan menggesa lebih banyak program komuniti seumpama ini dilaksanakan.

Seorang bekas pelajar yang menuntut di blok lama sekolah antara 1972 hingga 1974 turut berkongsi rasa terharu kerana dapat mengimbau kenangan dan menyaksikan perkembangan sekolah yang semakin maju.

Guru Besar SK Pekan Lama, Puan Atiah Awang, melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta mengiktiraf peranan PIBG sebagai tulang belakang program sekolah itu.

TAMAT