SANDAKAN (19 OGOS): Lapan inisiatif baharu untuk pembangunan pendidikan akan diumumkan kelak.
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif berkata Pengumuman itu akan dibuat oleh ketua menteri.
Beliau berkata ketika ini terdapat 14 inisiatif telah dilaksanakan.
Daripada 14 inisiatif itu, katanya, dua inisiatif baharu iaitu anugerah pelajar cemerlang dalam peperiksaan dan pembayaran yuran Muet turut dilaksanakan.
Menerusi anugerah pelajar cemerlang dalam peperiksaan, Arifin berkata inisiatif itu yang dikenali sebagai Mercu dilaksanakan pada tahun ini melibatkan pelajar yang mengambil peperiksaan STPM, SPM dan juga STAM.
Katanya. kerajaan juga akan menanggung pembayaran yuran Muet di mana sebelum ini ibu bapa terpaksa membayar RM150 untuk anak mereka mengikuti Muet.
“Inisiatif ini adalah cetusan idea ketua menteri bagi membantu pelajar ” katanya.
Dalam itu Arifin berkata lebih 600 pelajar menerima bantuan daripada Tabung Pendidikan Negeri Sabah bagi kawasan Sandakan yang nelibatkan RM3 juta.
Katanya bantuan itu termasuklah bantuan untuk sekolah.
Tamat
