GAGASAN SUKAU SUMBANG LAMPU SOLAR

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN (5 OGOS): Kesejahteraan rakyat khususnya di luar bandar tetap menjadi perhatian utama Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) Sukau.

Ia dibuktikan menerusi sumbangan lampu solar untuk penduduk Kampung Tanjung Aru dan Kampung Lubukan.

Ketua Bahagian Gagasan Sukau, Datuk Juhari Janan menyampaikan sumbangan tersebut.

Sumbangan itu diserahkan kepada ketua kampung masing-masing.

Penduduk perkampungan atas air itu menyifatkan lampu solar amat bermanfaat kerana dapat menerangi perkampungan tersebut.

Tamat

Share This Article