4K ASAS PERJUANGAN WANITA GAGASAN: ED FARIZAH

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ editor

KOTA KINABALU: 5 Ogos – Kesetiaan, Kesepaduan, Kebersamaan dan Keseimbangan merupakan asas perjuangan Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat.

Empak K itu diluahkan oleh pembahas wanita Gagasan Klias ED farizah Edeh @ Yayang ED pada Persidangan Agung Tahunan Wanita Gagasan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada baru baru ini

Beliau berkata wanita Gagasan juga mampu menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan.

Beliau berkata wanita pada ketika ini harus tidak lagi dianggap sebagai tulang belakang parti.

Sebaliknya, katanya, peranan yang dimainkan oleh wanita adalah lebih besar terhadap kekuatan parti.

“Wanita itu adalah sebagai penyambung mata dan telinga rakyat serta penyuluh masa depan,” katanya lagi.

Menurutnya kehebatan wanita menjadi benteng kekuatan parti.

“Biar berselipar Jepun ( selipar getah) sekali bersuara ia mampu menggegar dunia,” selorohnya yang mendapat tepukan gemuruh pada persidangan itu.

ED Farizah juga berharap wanita diberikan peluang untuk diletakkan sebagai calon pada pilihan raya negeri akan datang.

Menurutnya jumlah pengundi wanita pada ketika ini adalah kira’kira 49 peratus.

“Angka itu bukan kecil tetapi ia adalah angka yang besar,” katanya dan menambah bahawa wanita akan memastikan setiap calon GRS akan mencapai kemenangan.

Tamat

Share This Article