PENDUDUK PULAU BERHALA NIKMATI AIR BERSIH

sabahheadlines
2 Min Read
Frankie bersama Walter, Fui Fui mencuba air minum yang terhasil dari projek sistem Self Powered and Mobile Drinking Water System

Frankie bersama Walter, Juhari dan Fui Fui mencuba air minum yang terhasil dari projek sistem Self Powered and Mobile Drinking Water System

sh@ Aleeya Villiamon

SANDAKAN (22 JULAI): Keperluan dan kemudahan asas yang mencukupi serta berkualiti sentiasa menjadi keutamaan.

Wakil rakyat Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon berkata rakyat berhak menikmati kemudahan asas yang mencukupi, selamat dan berkualiti.

“Saya sentiasa memegang prinsip bahawa setiap penduduk sama ada di tanah besar atau di Pulau Berhala berhak menikmati kemudahan asas seumpama itu,” katanya pada majlis pelancaran ‘Self-Powerd and Mobile Drinking Water System’ di Kampung Pulau Berhala Laut dekat sini hari ini.

Menurutnya dengan ada sistem itu, ianya mampu membekalkan air minuman bersih kepada kira-kira 5,000 hingga 7,500 orang, berdasarkan pengunaan empat hingga enam liter sehari kepada setiap individu.

“Ini memberi jaminan bahawa akses kepada air bersih tidak lagi menjadi masalah,” katanya dan menambah Sistem Self-Powered and Drinking Water di pulau itu adalah satu daripada 10 unit yang dilaksanakan di negeri ini.

Frankie berkata sistem yang sama juga akan dilaksanakan di Blok B dan Blok C selain Blok A yang telah dilaksanakan bagi memastikan pengagihan air lebih seimbang dan menyeluruh.

hadir sama, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Walter Kenson, Pengerusi Jetama Liau Fui Fui dan timbalan pengerusi Jetama, Dato Juhari Janan.

Tamat

Share This Article