Yong bersama ahli Sapp memotong kek sempena 31 tahun usia parti berkenaan
sh@ Aleeya Villiamon
SANDAKAN: 6 Julai- Parti Maju Sabah (SAPP) berharap akan bertanding satu kerusi di Sandakan pada Pilihan Raya Negeri ke-17 nanti.
Presidennya, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata Sandakan mempunyai berapa kerusi DUN seperti Elopura, Karamunting, Tanjung Papat dan Batu Sapi.

“Kita berharap dapat bertanding sekurang-kurangnya satu,” kata kepada media selepas merasmikan mesyuarat agung zon Sandakan iaitu Tanjung Papat dan Elopura di sini hari ini.
Bagaimanapun Yong memberitahu rundingan masih dilakukan dengan kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Rundingan itu, katanya, termasuklah jumlah kerusi yang bakal ditandingi oleh SAPP pada PRN nanti.
“Rundingan termasuklah parti-parti dalam GRS…pantai barat dan pantai timur masih dirunding,” katanya lagi.
Ditanya tentang keyakinan SAPP pada PRN. Yong berkata pilihan raya kali ini menyaksi petsaingan antara parti lokal dengan parti Malaya.
Beliau berkata ia telah menjadi trend ketika ini di mana parti lokal vs parti Malaya.
“SAPP adalah parti lokal dan kita baharu saja potong kek ke-31 ” katanya lagi.
Ditanya sama ada beliau akan bertanding, Yong berkata ia masih belum lagi diketahui.
“Belum tahu lagi kerana kita perlu melihat secara keseluruhan …sama ada saya tanding atau tidak ia bukanlah isu yang besar.
“Kami perlu melihat semua perkara …berapa kawasan atau kerusi yang diberikan kepada SAPP barulah saya akan buat keputusan,” katanya lagi
Tamat
