HAZEM BANGGA SEMANGAT AHLI PARTI

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ jalie mohamad

SANDAKAN (15 MEI): Usia bukan penghalang untuk ahli memperlihatkan semangat tinggi perjuangan parti.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Sungai Manila, Haji Hazem Tun Musa berkata semangat itu juga membuktikan ahli parti berupaya melaksana amanah yang dipertanggungjawabkan.

” Usia Gagasan Sungai Manila baru mencecah tiga tahun tetapi ahli parti telah memperlihatkan semangat yang membanggakan,” katanya ketika merasmi mesyuarat agung bahagian, wanita, pemuda dan beliawanis Sungai Manila di sini hari ini.

Mesyuarat tahunan bahagian wanita pemuda dan beliawanis tu dihadiri lebih 1,500 orang daripada 51 cawangan.

Pada persidangan itu tadi, lebih 500 orang menyertai Gagasan Sungai Manila.

Hazem berkata usia bukan menjadi ukuran kerana rata-rata ahli parti itu adalah mereka yang berpengalaman.

“Pengalaman inilah yang membolehkan kita menggalas tanggungjawab yang diberikan dan terus berjuang seperti mana yang dikehendaki oleh parti,” katanya.

Menurutnya Gagasan Sungai Manila akan terus berjuang untuk mempertahankan hak rakyat negeri ini dan ia selaras dengan perjuangan parti.

Tamat

Share This Article